Tuesday, 16 July 2019

Si Dia, bakal Imamku



Entry kalini agak panjang. Dah lama simpan niat nak cerita pasal si dia-encik tunangku Mr A sekarang. Takde orang sangat akan baca blog aku ni kot, so aku nak buat entry ni sebagai memory aku nanti

31/8/18
Ni adalah tarikh pertama perkenalan kami. Hah cuba teka kami berkenalan di mana? haha. Perkenalan yang tanpa diduga boleh berkekalan sampai sekarang dan insyaAllah sehingga ke hujung nyawa.

Kami berkenalan di Tilljannah Hah, ape website ni kan?
Ni sebenarnya salah satu website untuk cari jodoh. Kenapa aku pilih website ni? Hurmm.. sebenarnya aku nak mencuba,ikhtiar untuk cari jodoh sebab sedar umur dah makin meningkat dan kerjaya aku sebagai seorang doktor menipiskan lagi peluang aku untuk cari teman hidup.haha. Aku pun ade daftar kat Baituljannah gak. Tapi kat sini lagi strict. Tak boleh bagi no fon atau ape2 social media, kalau admin detect akan kene block.

Awal Januari 2018, aku pasang niat yang dalam masa setahun ni aku nak cari someone, so aku pun daftar ar kat tilljannah. Aku takde ar berharap sangat akan jumpa someone kat website ni tapi apa salahnya kita mencuba kan? Jarang2 pun bukak tilljannah ni. Dalam sebulan ade ar 1 ke 2x. Setiap kali online, akan ade je orang2 yang akan bagi salam tapi tak semua akan bersembang lama. Lagipun kekurangan tilljannah is mesej masuk lambat. So kita takkan dapat reply serta merta.
Pada tarikh 31/8/18, Mr A tegur n bagi salam kat aku. Aku macam biasa jawab salam dan sembang sikit2. Seingat aku ar, soalan awal2 aku tanye A adalah, apa tujuan sebenar dia daftar kat sini. A jawab untuk cari pasangan hidup, jadi aku agak yakin dengan jawapan dia. Dan aku explain awal2 kat Mr A yang aku tak boleh jadi macam isteri orang lain sebabkan pekerjaan aku dan dia jawab okey. (Tips: make sure tanye apa tujuan dia daftar kat website n nak berkenalan dengan korang. Kalau jawapan dia hanyalah sekadar nak kawan, tanpa matlamat yg jelas untuk berkahwin,takyah ar proceed ke next step. Kene ingat, matlamat utama tu penting dalam buat apa2 pun)

Disebabkan reply yang lambat, A ni pun terus tanye no fon untuk mesej,senang sikit nak sembang. Dan surprisingly aku dengan senangnya bagi no fon. Padahal,ade je orang sebelum ni tanye no fon tapi tak pernah bagi. Mungkin Allah nak mudahkan jalan kami untuk berkenalan kot. (Disebabkan ni adalah online website, korang sepatutnya lebih berhati2 untuk bagi maklumat peribadi, dah yakin baru bagi no fon ok?)Since that day, we're texting to get know each other.

22/9/18
Kami decide untuk berjumpa kat Coffee Lab, Teluk Intan. Kedai ni sebelah Secret Recepi kat Bandar Baru Teluk Intan. Sebelum aku decide untuk jumpa Mr A, aku bagitahu mama yang aku ade kenal someone dan dia ajak jumpa. Aku memang dah bagitau mama siap2 yang Mr A bukan doktor. Then mama mintak gambar, and mama cakap ok, jumpa je ar dulu.

Disebabkan ni first time kitorang jumpa, aku pun ambil langkah keselamatan dengan bawak kawan sorang. Aku bawak Sabrina sebab dia je yang free time tu. Kitorang set masa pkul 11.30pg sebab Mr A dari KL. Mr A datang dengan baju kemeja bunga2 (my first impression adalah dia ni lembut ke? kenapa cara jalan dan baju dy macamtu?HAHAHA) Aku tak sembang sangat pun dengan Mr A time ni. Serius segan, taktau nak sembang ape. Nasib baik ar ade Sab penyelamat keadaan. Haha. Bila ingat balik memang kelakar sebab aku siap ajak Sab balik cepat, padahal Mr A dah susah2 datang dari KL untuk jumpa aku.hihi

Selepas daripada perjumpaan pertama kami, aku tanye Mr A macam mane? Ok ke? Mr A jawab, buat masa ni dia rasa ok, selesa. Aku pun bagi jawapan yang sama. Mr A suruh kitorang sama2 istikharah untuk kuatkan hati masing2 dengan pilihan yang kitorang buat. Allah Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk hambanya. Alhamdulillah, lepas seminggu istikharah kitorang nak teruskan ke next step which is nak jumpa family aku dan dia. Aku takde pun dapat mimpi ke ape selepas buat istikharah,cuma aku rasa tenang dan makin yakin dengan pilihan yang aku buat. InsyaAllah moga-moga ini yang terbaik buat kami.

6/10/2018

Mr A decide untuk datang rumah untuk jumpa mama dengan abah. Nervous sangat2 taktau ape reaksi mama dengan abah. Alhamdulillah Mr A pandai gak sembang dengan abah dan Mr A terus direct je cakap kat abah apa tujuan dia datang. Haha. Aku plak yang jadi keras kejung kat kerusi bila Mr A dengan beraninya terus cakap macamtu kat abah. Nasib baik ar abah bagi je, tak menghalang pun. Alhamdulillah. Settle next step.

Lepas jumpa mama abah, Mr A ajak jumpa mak dia plak. Time ni mak Mr A tak sihat, kat Hosp Batu Gajah. Sebenarnya awal2 lagi dah tau dah yang mak Mr A tak sihat, menghidap kanser kulit tahap 4. Kanser dah merebah ke pundi kencing, usus dan hati. Time ni first time naik kereta sekali dengan Mr A, memang rasa palpitation, segan semua ade ar. haha. Time pegi ke Hosp Batu Gajah, Mr A yang drive. Sampai je kat hosp, dah nampak sedare2 dy kat depan ward. Adui, serius malu woi. Tapi aku macam biasa ar, tebalkan muka untuk jumpa bakal mak mertua (sanggup beb). Masuk ward, salam semua sedara2 dy dan mak dy. ade ayah Mr A gak. Mula2 datang, aku tengok je ar sedara2 dia sembang dgn mak Mr A dan boleh senyum2 je ar sebab taktau nak cakap ape. Bila sedara2 Mr A dah beransur balik, aku pun ambik peluang untuk sembang2 dengan mak Mr A. Taktau ar dari mane punye idea, aku slumber je tanye mak Mr A yang Mr A ni macam mane orangnya.
Mak Mr A jawab: A ni taklah baik sangat dan tak ar jahat tapi yang makcik tau dia ni tak pernah bawak mane2 perempuan datang jumpa makcik. Kamu ar satu2nya yang pernah dy bawak
HAHA. Kembang semangkuk kejap bila dengar mak Mr A jawab macamtu. Alhamdulillah dipermudahkan semua. Balik dari hosp kitorang pun ke Ipoh saje jalan2. Pegi Aeon Kinta makan kat foodcourt. Balik dari Ipoh aku yang drive sebab Mr A penat dan mengantuk. Aku drive dengan tak senonohnya time tu, sebab masuk simpang macam nak main lap. haha. Amalina hoi, buat malu je. Terus tak jadi tidur Mr A :P

20/1/19
Alhamdulillah, dah bertunang
Alhamdulillah syukur aku dah selamat jadi tunangan Mr A. Banyak cabaran yang aku dan Mr A hadap sebelum majlis ni. Nanti aku akan buat entry lain berkenaan apa yang kitorang hadapi. Dan berkenaan majlis tunang ni pun aku akan buat special entry gak. Ok guys, tu saja cerita perkenalan kami. Terima kasih sudi baca (padahal taktau ar sape je yang baca kisah aku ni. Haha)

Wednesday, 10 July 2019

Setelah sekian lama menyepi


Fuh, berhabuk dan bersawang dah blog ni. Dah terlalu banyak perkara terjadi dalam hidup aku sekarang. Meh aku list kan satu persatu:

Kami jadi HO O&G sebulan selepas habis HO. haha. confius kan. but we survive together
Dari kiri: Hamizul, Hanafi, me, Zulaikha, Shahida, Sabrina
Duduk: Syafiqah, Syahmi


Berbuka puasa kat rumah Shahida

Pesta makan durian kat rumah Shahida gak
  1. Dah habis HO (tanpa extension)
    • Alhamdulillah pada Dec, tamat ar HO aku di Hospital Teluk Intan. Tapi terlalu banyak benda terjadi disebabkan batch aku ni batch pertama kontrak. So sampai sekarang iaitu bulan Julai, aku masih di HTI sebagai floater. Pada mulanya aku jadi floater di ED dan aku memang sangat-sangat enjoy bekerja di ED bersama MO yang sangat membantu. Tetapi,kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Pada bulan March 2019, aku dan rakan-rakan batch terpaksa masuk ke O&G memandangkan jabatan ini kekurangan HO. Dan sampai ke harini aku masih di O&G. Cohort 1 dah dapat penempatan dan kebanyakan dari mereka dapat pilihan tempat yang diidamkan. Nasib kami baki HO kontrak batch pertama masih pudar. Kami masih menunggu penempatan dan penjawatan dari SPA
  2. Kawan-kawan rapat sudah berkahwin dan ada anak yang cute dah
    • Alyaa, Ida, Abel semua dah jadi mummy dah. Smua dapat anak-anak yang comel
  3. Bakal tamatkan zaman bujang pada hujung tahun ni
    • InsyaAllah next entry nak buat special untuk si dia sahaja. haha. Harap2 aku ade semangat untuk buat entry ye

Gambar raya keluarga 2019