Wednesday, 10 July 2019

Setelah sekian lama menyepi


Fuh, berhabuk dan bersawang dah blog ni. Dah terlalu banyak perkara terjadi dalam hidup aku sekarang. Meh aku list kan satu persatu:

Kami jadi HO O&G sebulan selepas habis HO. haha. confius kan. but we survive together
Dari kiri: Hamizul, Hanafi, me, Zulaikha, Shahida, Sabrina
Duduk: Syafiqah, Syahmi


Berbuka puasa kat rumah Shahida

Pesta makan durian kat rumah Shahida gak
  1. Dah habis HO (tanpa extension)
    • Alhamdulillah pada Dec, tamat ar HO aku di Hospital Teluk Intan. Tapi terlalu banyak benda terjadi disebabkan batch aku ni batch pertama kontrak. So sampai sekarang iaitu bulan Julai, aku masih di HTI sebagai floater. Pada mulanya aku jadi floater di ED dan aku memang sangat-sangat enjoy bekerja di ED bersama MO yang sangat membantu. Tetapi,kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Pada bulan March 2019, aku dan rakan-rakan batch terpaksa masuk ke O&G memandangkan jabatan ini kekurangan HO. Dan sampai ke harini aku masih di O&G. Cohort 1 dah dapat penempatan dan kebanyakan dari mereka dapat pilihan tempat yang diidamkan. Nasib kami baki HO kontrak batch pertama masih pudar. Kami masih menunggu penempatan dan penjawatan dari SPA
  2. Kawan-kawan rapat sudah berkahwin dan ada anak yang cute dah
    • Alyaa, Ida, Abel semua dah jadi mummy dah. Smua dapat anak-anak yang comel
  3. Bakal tamatkan zaman bujang pada hujung tahun ni
    • InsyaAllah next entry nak buat special untuk si dia sahaja. haha. Harap2 aku ade semangat untuk buat entry ye

Gambar raya keluarga 2019

No comments:

Post a Comment